HARIANACEH.co.id — BAGI seorang Muslim yang tidak tahu mengenai adat dan hukum dalam Islam, pasti akan terkesan bingung dan sering menyalahkan aturan yang sudah ada. Sehingga suatu hal yang kecil pun akan menjadi permasalahan yang besar. Maka dari itu, Islam perlu dikaji dengan jelas dan sesuai zaman agar tidak ada kesalah pahaman, dan menciptakan kedamaian.

Contoh halnya amalan membaca al-Quran di atas kubur merupakan permasalahan cabang agama. Ia bukannya permasalahan tunjang menyentuh masaalah Iman dan Islam. Amalan cabang (furu’) boleh dibuat atau ditinggalkan dan iannya tidak menjelaskan aqidah seseorang Mukmin. Oleh hal yang demikian itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan. Manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan. Demikian betapa fleksibelnya hukum syara’ dalam permasalahan ini.

Tinjauan permasalahan ini menemukan kita dengan beberapa dalil sama ada daripada kitab suci al-Quran mahupun al-Sunnah. Ulama ada perselisihan pendapat mengenai bacaan al-Qur’an. Disini dikemukakan beberapa pendapat ulama dan dalil-dalil menjadi pegangan mereka yang menyatakan bahwa bacaan al-Qur’an dan zikir-zikir.

Dalam analisanya Perlu diketahui secara seksama bahwa amalan membaca al-Quran di atas kubur merujuk kepada dalil-dalil. Adakalanya berstatus sahih, hasan, dhaif dan amat dhaif. Selain itu, kita juga yakin untuk menolak daripada menggunakan hadist-hadist palsu. Antaranya ialah:

1. Imam Muslim meriwayatkan: “Setiap anggota tubuh kamu berpergi-pergian dengan sedekah kepada yang lain. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperolehi melalui dua rakaat solat di waktu dhuha,” (Muslim bin Hajjaj al-Neisaburi, Sahih Muslim, ed : Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi, t.th, Dar Ihya’ Thurath al-Arabi: Beirut , hlm 498 juz 1)

Imam al-Qurtubi mengatakan: “Berdasarkan dalil inilah para ulama menggalakkan menziarahi kubur karena bacaan al-Qur’an itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa oleh penziarah kubur.” (al-Qurtubi, al-Tazkirah, Maktabah al-Iman: Mansurah, Mesir, hlm. 74)

Baca Juga:  Memecah Belah Umat Islam, Cara Syiah Gunakan Isu Wahabi

3. Imam al-Thabrani meriwayatkan: “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, karena aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda demikian,” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Ternyata amalan membaca ayat suci al-Quran di atas kubur bukanlah sesuatu bid’ah yang sesat. Bahkan ia diwarisi daripada Nabi SAW sendiri. Justeru, amalan ini merupakan satu sunnah yang terpuji.

4. Imam al-Baihaqi, al-Thabrani dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang kamu meninggal dunia, jangan kamu menahan jenazahnya dan segeralah membawanya ke kubur. Bacalah di sisi kepalanya Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah) – lafaz al-Baihaqi berbunyi: “… permulaan surah al-Baqarah dan di sisi kakinya penutup surah al-Baqarah di kuburnya.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir m/s 44 juz 12, al-Baihaqi, Syuab al-Iman m/s 16 juz 7)

Kedua-dua hadis ini secara jelas membuktikan kepada kita bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakan daripada Nabi s.a.w agar dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an di tanah perkuburan.

5. Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasai’ie, al-Tirmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar bahawa Nabi s.a.w bersabda (yang bermaksud): “Hati al-Quran adalah Yaasin. Tidaklah dibaca surah itu oleh seseorang yang mengkehendaki Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan dosanya. Bacalah Yaasin kepada orang saudaramu yang telah mati.”

Baca Juga:  Saat Haid, Ini Cara Halal Puaskan Suami

Hadis ini dipandang sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim. Ibn Hibban menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan orang mati di dalam hadis ini ialah orang hampir mati.. pendapat ini ditarjih oleh Ibn Qayyim dengan beberapa alasan yang diberikannya. Akan tetapi Ibn Rif’ah berpegang kepada zahir hadis di atas. Lantaran itu, beliau mengesahkan bahawa surah Yaasin boleh dibacakan kepada orang yang telah mati. Al-Syaukani pula berpendapat bahawa lafaz al-Mauta pada hakikatnya bermaksud orang yang telah mati.

Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari berpendapat bahawa tidak menjadi halangan dibacakan al-Quran kepada orang yang hampir mati supaya dia dapat mentadabbur bacaan itu. Manakala tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang telah mati supaya seseorang itu mendapat manfaat pahalanya,” (al-Ghumari, Itqan al-Sun’ah, hlm. 87 )

6. Imam al-Baihaqi meriwayatkan: “Menceritakan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz dari Abu al-Abbas bin Ya’qub dari al-Abbas bin Muhammad, katanya: “Aku bertanya Yahya bin Ma’in tetang membaca al-Qur’an di atas kubur? Lalu beliau menjawab berdasarkan kepada riwayat Abd Rahman bin al-‘Ala bin al-Lajlaj daripada ayahnya daripada Ibn Umar yang menggalakkan amalan sedemikian.”

Imam Ibn Hajr al-Asqalani di dalam Amali al-Azkar mengesahkan bahawa hadist ini bertaraf mauquf dan hasan.

Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Imam Yahya bin Ma’in (sarjana hadis yang mashyur) sendiri turut membenarkan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur.

Sudah jelas bukan, mengenai keabsahan dalam membacakan do’a di atas kuburan, hadist pun sedikitnya sudah banyak ulama pro  mengenai kebolehan seorang Muslim membacakan ayat al-Qur’an di atas kuburan. Wallahu a’alam.

 

loading...